Sabtu, 21 September 2013

Wewarah Akhir Zaman

Akan datang suatu masa. Aku khawatir terhadap masa itu

1. Dimana keyakinan hanya tinggal didalam pemikiran.

2. Dimana keimanan tak berbekas dalam perbuatan.


3. Banyak orang baik tapi tak berakal

4.Ada pula yang berakal tapi tak beriman.



5. Ada yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai.

6. Ada pula yang khusyu' tapi sibuk menyendiri.



7. Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis.

8. Ada pula ahli maksiat tapi rendah hati.



9. Ada yang bahagia tertawa tapi hatinya berkarat.

10. Ada pula yang sedih menangis tapi kufur nikmat.



11. Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat.

12. Ada pula yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut.



13. Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan.

14. Ada pula pelacur tapi menjadi figur.



15. Ada yang memiliki ilmu tapi tidak paham.

16. Ada pula yang paham tapi tidak menjalankan.



17.Ada yang pintar tapi membodohi.

18. Ada pula yang bodoh tapi tidak tahu diri.



19. Ada yang beragama tapi tidak berakhlak.

20. Ada pula yang berakhlak tapi tidak ber-TUHAN.




Wewarah Ali r.a dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen

Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.


Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran


Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging


Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin


Jagailah ibu bapa kamu,niscaya anak-anakmu akan menjaga kamu



Bakhil terhadap apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah


Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terhindar dari seorang yang bakhil


Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan


Ilmu adalah lebih baik dari pada kekayaan karena kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu



Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang



Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam



Mengajar adalah belajar


Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin



Insan terbahagi kepada 3 :
(1) mereka yang mengenal Allah, (2) mereka yang mencari kebenaran, (3) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing



Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah


Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah



Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain



Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya



Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati



Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.



Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas


Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya


Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta



Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya



Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang
mengenainya



Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat



Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran



Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba



Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa



Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan



Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan


Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat



Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar



Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan



Jika memiliki harta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah



Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya



Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura



Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan



Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya



Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu peroleh.